Fisioterapi
DEPARTMENT NAME : PHYSIOTHERAPHY
HEAD OF DEPARTMENT : HJ. ISMAIL BIN DAMIT
LOCATION : PINTU N, TINGKAT 2, BANGUNAN KLINIK PAKAR, SARAWAK GENERAL HOSPITAL.
PENGENALAN
Perkhidmatan fisioterapi mula diperkenalkan pada akhir tahun enam puluhan. Pada peringkat awal, perkhidmatan hanya diberikan kepada pesakit dalam sahaja. Kemudiannya, pada tahun 1975, perkhidmatan pesakit luar telah disediakan dengan adanya permintaan kalangan masyarakat. Profesyen Fisioterapi telah berkembang dan melahirkan perkhidmatan yang lebih cekap and khusus mengikut peredaran masa.
Pada tahun 1994, kerja lebih masa (overtime) klinikal berjadual telah dimulakan dan masih dilaksanakan sehingga sekarang. Ini adalah untuk memenuhi keperluan penjagaan pesakit di Unit Rawatan Rapi (‘Intensive Care Unit’) dan pusat jantung, Hospital Umum Sarawak. Selain daripada itu, pada tahun 2003 beberapa perkhidmatan khusus telah dimulakan dan beroperasi termasuklah penghususan dalam bidang muskulo-skeletal, neurologi dan kardiologi untuk pesakit luar dan dalam.
Seterusnya, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan fisioterapi, beberapa pelan tindakan yang dinamik telah di buat bagi membangunkan dan menambah bilangan program rawatan fisioterapi. Untuk menjayakan setiap program, beberapa Ahli Fisioterapi telah dihantar menjalani latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran mereka mengikut bidang penghususan yang diperlukan.
Selaras dengan perkembangan perkhidmatan, bilangan tenaga manusia yang diperlukan juga bertambah. Sekarang bahagian fisioterapi mempunyai seramai 32 orang Ahli Fisioterapi berbagai gred, iaitu termasuklah 3 Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan 28 Jurupulih Perubatan Fisioterapi.
VISI
Menjadikan perkhidmatan Fisioterapi bertaraf global dan setara dengan perkhidmatan kepakaran perubatan lain yang dipandang tinggi oleh setiap lapisan masyarakat.
MISI
Menyediakan perkhidmatan kepakaran pemulihan berkualiti, efektif dan prihatin yang mudah dicapai oleh semua lapisan masyarakat dalam proses ‘Promotive, Preventive and Rehabilitative’.
OBJEKTIF
- Menggalakkan Ahli Fisioterapi mengambil pengkhususan dalam sesuatu bidang.
- Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan perkembangan amalan perubatan global
- Menggalakkan Ahli Fisioterapi memperluaskan skop perkhidmatan melalui extended and expanded roles.
FUNGSI UTAMA
- Menyediakan perawatan dan pemulihan fisioterapi secara ‘curative, rehabilitative, corrective dan preventive’.
- Menyediakan program promosi kesihatan dan pendidikan pesakit – ‘promotive and preventive care’.
- Memberi latihan kepada personnel yang berkenaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
A. perkhidmatan Pesakit Dalam
- perkhidmatan ini ditujukan kepada semua wad yang memerlukannya.
- penerimaaan rujukan yang paling tinggi adalah dari wad perubatan, wad pembedahan, wad otopedik, wad pembedahan neuro, wad geriatric, wad/unit kawalan rapi dan wad-wad kanak-kanak.
- perkhidmatan fisioterapi adalah disediakan pada waktu pejabat sahaja.
B. Perkhidmatan Lebih Masa Berjadual
- pengwujudan perkhidmatan ini adalah untuk menyokong disiplin perubatan yang berkait dalam penjagaan sistem paru-paru.
- garis panduan perkhidmatan lebih masa berjadual telah diunsurkan kepada semua disiplin perubatan bagi memudahkan rujukan pesakit yang sesuai.
- waktu perkhidmatan berjadual ini adalah dari pukul 8 pagi hingga 1 petang.
C. Perkhidmatan Pesakit Luar
- Program Pemulihan Muskulo-skeletal
- Program pengurusan sakit
- Program terapi tangan
- Program Rehabilitasi neurologi dan strok
- Program Pemulihan Awal Kanak-Kanak Cerebral Palsy
- Program Kesihatan Wanita Dan Lelaki
- Program Ante-Natal dan Post-Natal
- Program ‘Lymphedema therapy’
- Program Obesiti
- Program kecederaan sukan
- Program Rehabilitasi Pulmonari
- Program Rehabilitasi Vestibular
-
D. Pendidikan Pesakit
- Program Pendidikan adalah dijalankan sebagai satu usaha bersama dengan Unit Pendidikan Pesakit untuk menangani Tekanan Darah Tinggi, Asma dan Kencing Manis.
E. Latihan
- Menganjur Update in physiotherapy treatment and management untuk ahli-ahli fisioterapi di seluruh Sarawak.
- Memberi latihan kepada pelatih-pelatih fisioterapi dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kolej dan Universiti Swasta.
- Memberi ceramah kepada pelatih paramedik lain dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu dan pelajar perubatan UNIMAS.
F. Kualiti
- Quality Assurance Program (QAP).
- Satu projek tahun 2018 telah dijalankan iaitu Improving Home Exercise Program Compliance Rate in Physiotherapy Outpatients.
- National Key Performance Index (KPI). Timely response (within 24 hours) by physiotherapist to inpatient referrals
- Audit Klinikal mengenai case documentation.
- Innovative and Creative Program
- Pemantauan, sokongan dan panduan kepada ahli fisioterapi yang berada di hospital dan klinik kesihatan di Sarawak.
Bagi sebarang pertanyaan, bahagian kami dapat dihubungi melalui:
Emel: physiohus@moh.gov.my
Tel: 082-276666 samb 5220 (Ketua Bahagian)
samb 5221 (Kaunter)