Dietetik Dan Sajian
Lokasi: Bangunan Jabatan Dietetik dan Sajian (di antara Blok Utama dan Blok RTU)
Nama Ketua Jabatan: Cyril Sibon, Pegawai Dietetik U52
Pengenalan
Perkhidmatan dietetik adalah perkhidmatan yang mengaplikasi prinsip-prinsip diet teraputik dalam perubatan dan kesihatan yang merangkumi aspek promotif, pencegahan, perawatan dan pemulihan. Perkhidmatan yang diberikan adalah dalam bentuk konsultasi diet, khidmat sokongan pemakanan klinikal dan pendidikan pemakanan.
Perkhidmatan sajian adalah perkhidmatan penyediaan makanan di hospital yang berasaskan prinsip bersih, selamat, sihat dan berkualiti yang menepati keperluan pelanggan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Objektif
Objektif Umum
Perkhidmatan Dietetik
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.
Perkhidmatan Sajian
Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.
Objektif Khusus
Perkhidmatan Dietetik
- Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
- Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
- Melaksana penyelidikan berkaitan.
- Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.
Perkhidmatan Sajian
- Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
- Menyedia makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
- Melaksana penyelidikan berkaitan.
- Mengoptima pengunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.
Fungsi
Perkhidmatan Dietetik
Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
Perkhidmatan Sajian
Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Dietetik
- Memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ diberi kepada pesakit dalam wad yang dirujuk oleh doktor.
- Memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ diberi kepada pesakit luar yang dirujuk oleh doktor.
- Memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari Institut Pengajian Tinggi.
- Menjalankan aktiviti penyelidikan dietetik klinikal/ dietetik komuniti.
Perkhidmatan Sajian
- Memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas, wad kanak-kanak, ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, pesakit rawatan harian dan di wad pemerhatian.
- Menyedia dan membekalkan makanan yang seimbang, bersih dan selamat untuk dimakan.
- Memastikan diet kelas 1 dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, doktor serta paramedik yang bertugas terus menerus di dewan bedah, mengikut kelayakan.
- Memastikan catuan mingguan kepada wad dan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam, mengikut kelayakan.
Senarai Aktiviti
Aktiviti Kualiti

Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik [Good Manufacturing Practices (GMP)]

Pensijilan Analisis Bahaya Kawalan Titik Kritikal [Hazard Analysis Critical Control Point
(HACCP)]

Pensijilan Halal
Aktiviti Latihan

Latihan Untuk Anggota
Sumbangan

Temubual Radio

Pameran Dietetik dan Pemakanan

Ceramah Medical Nutrition Therapy










