Psikiatri
NAMA JABATAN : PSIKIATRI
KETUA JABATAN : DR SELVASINGGAM RATNASINGGAM
LOKASI :-
- HOSPITAL UMUM SARAWAKKILINIK PAKAR PSIKIATRI ( BANGUNAN WARISAN/JKNS LAMA TINGKAT BAWAH-BERTENTANGAN KECEMASAN HUS)
- WAD PSIKIATRI ( DI BELAKANG RUMAH MAYAT/RTU WARD)
- PSR/PSIKOSOSIALREHABILITASI (DAY CARE) ( DI SEBELAH BANGUNAN LINAC)
- CPS /COMMUNITY PSYCHIATRY SERVICES ( BELAKANG UNIT KAUNSELING(BANGUNAN WARIASAN)
LATAR BELAKANG JABATAN
- Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental adalah salah satu perkhidmatan klinikal yang disediakan oleh Hospital Umum Sarawak. Jabatan ini telah wujud sejak tahun 1990. Pada peringkat awalnya klinik ini dikendalikan oleh Pakar Psikiatri dari Hospital Sentosa yang dahulu dikenali sebagai Hospital Mental Sarawak. Selepas dasar kesihatan mental dikeluarkan pada tahun 1995 Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dilakukan secara tetap. Seorang Pakar Psikiatri telah ditempatkan dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan. Awalnya jabatan ini terletak di aras 2 bangunan Klinik Pakar. Kemudian berpindah lagi ke bangunan kecemasan lama yang bersebelahan klinik pakar pada Oktober 2010. Pada 18 Disember 2013 berpindah lagi, iaitu ke tinkat bawah bangunan JKNS lama dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2014 sehingga sekarang.Wad Psikiatri pula mula dibuka pada tahun 2014.
OBJEKTIF JABATAN
- Memberi perkhidmatan psikiatri yang terkini kepada individu yang menerima rawatan di jabatan ini.
- Memberi pendidikan kesihatan mental yang merangkumi kesihatan mental kepada individu, keluarga dan komuniti.
- Melibatkan keluarga dalam perawatan pesakit dengan memberi rawatan di rumah.
- Menjadikan jabatan ini sebagai rujukan serta pusat pendidikan bagi kesihatan mental di negeri Sarawak.
VISI JABATAN
- Memberi perkhidmatan kesihatan mental yang efectif dan komprenhensif kepada semua pelanggan.
MISI JABATAN
- Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Umum Sarawak beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan mental professional terbaik kepada semua pelanggan dengan standard dan etika professional yang bermutu tinggi
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
KLINIK
- Menerima kes baru yang dirujuk dan `walk in’
- Menerima kes susulan untuk rawatan psikoterapi mahupun ubat
- Merawat pesakit yang ketagihan dadah
- Merawat pelbagai penyakit mental
- Memberi ubat suntikan kepada pesakit
- Perkhidmatan kaunseling dari psikologi di iktiraf
- Rawatan untuk kanak-kanak autism, hyperactive, slow leaner, delay development
CPS/perkhidmatan komuniti psikiatri :
- Melawat pesakit ke rumah bagi yang tidak dapat datang ke klinik
- Menghantar ubat pesakit ke rumah
- Memberi suntikan ke rumah
- Merujuk pesakit ke jabatan lain jika perlu semasa menemui sebarang masalah lain semasa lawatan.
PSR/Psikososial Rehabilitasi :
- Menerima pesakit yang perlu latihan ADL
- Mengajar pesakit untuk melakukan activiti harian seperti memasak, berkebun
- Memberi sokongan emosi dengan membawa pesakit `outing’
Ward :
- Mempunyai 20 katil
10 katil untuk pesakit perempuan dan
10 katil lagi untuk pesakit lelaki
- Menerima kemasukan pesakit mental dan memberi rawatan










