Waktu Melawat Pesakit Di HUS
NOTIS AWAM :
HARI | WAKTU MELAWAT |
SETIAP HARI | 6.00 AM – 7.00 AM
12.30 PM – 2.00 PM 5.30 PM – 7.30 PM |
Pihak Hospital Umum Sarawak memohon kerjasama daripada tuan/puan untuk perkara yang tersebut di atas kerana pihak kami telah menerima maklum balas daripada para pesakit bahawa mereka tidak mendapat masa rehat dan privasi yang mencukupi;
Pihak kami amat berharap supaya anggota paramedik khususnya Pegawai Perubatan dan Jururawat hospital dapat menjalankan rawatan dengan cekap tanpa sebarang gangguan terutamanya pada tempoh masa di luar waktu melawat;
Pihak kami juga ingin memastikan keselamatan para pesakit dan pegawai yang bertugas di wad terjamin sepanjang masa.
ARAHAN DARIPADA:
PENGARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK