Sekolah Dalam Hospital, HUS Kuching
Memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.
Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di hospital.
Mewujudkan kerjasama pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY)
Murid Sekolah Dalam Hospital
Murid yang layak mengikuti pendidikan di SDH ialah :
- Semua murid warganegara dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas
- Murid yang telah berdaftar sama ada di sekolah kerajaan, swasta atau ‘home schooling’
- Murid yang menerima rawatan di wad lebih daripada tiga (3) hari
- Diperakukan oleh pegawai perubatan sebagai murid yang mempunyai kesediaan untuk belajar (clinically fit)
Guru Sekolah Dalam Hospital
Guru-guru di SDH ialah :
- Siswazah DG41/DG44 (KUP)
- Mendapat latihan secara klinikal melalui kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru
- Berupaya mengajar pelbagai subjek (multilevel) dab pelbagai subjek (multisubjek)
- Fleksibel, mempunyai tahap emosi dan fizikal yang baik
- Ceria, kreatif dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar dalam pelbagai situasi.
Waktu Bertugas
Guru : 9.00 Pagi-4.00 Petang
Pembantu Pengurusan Murid N17 : 7.30 Pagi – 4.30 Petang
Cuti Sekolah Seperti Sekolah Arus Perdana