Kad Penjaga Pesakit Di Wad
PENGWUJUDAN KHAS KAD PENJAGA DI HOSPITAL UMUM SARAWAK
1. Tujuan
Memastikan keadaan wad yang ada di Hospital Umum Sarawak berada dalam keadaan terkawal daripada kesesakan pelawat yang datang melawat di wad pada waktu bukan melawat.
2. Latar Belakang
Hospital Umum Sarawak adalah antara agensi kerajaan atau hospital yang mempunyai penjawat awam dan pelawat yang ramai sepanjang masa. Jumlah penjawat awam, pesakit, pelatih-pelatih perubatan dan pelawat adalah dari lapan hingga sepuluh ribu dalam sehari. Perkara ini menimbulkan masalah yang besar terhadap hospital dari segi kebanjiran pelawat yang datang melawat dan menjaga pesakit di wad terutamanya pada waktu bukan melawat di antara pukul 1000 pagi sehingga 1200 tengah hari manakala pada waktu malam adalah di antara pukul 0800 malam sehingga 1000 malam .
3. Situasi Kesesakan Pelawat Setiap Hari
3.1 Pihak Hospital sering kali menerima aduan daripada pihak luar seperti orang awam, jabatan-jabatan kerajaan dan penjawat awam Hospital Umum Sarawak sendiri berkenaan dengan kebanjiran orang awam yang datang bukan waktu melawat di Wad Hospital Umum Sarawak.
3.2 Keadaan yang tidak terkawal memberi kesan terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas di Wad telah terganggu berikutan berlaku kebanjiran pelawat yang datang melawat sesuka hati tanpa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Umum Sarawak.
4. Rasional Pengwujudan/kebaikan Kad Penjaga Diperkenalkan
Wad yang terdapat di Hospital Umum Sarawak adalah sangat penting di mana-mana hospital di seluruh dunia termasuk Malaysia. Hal ini kerana bahagian Wad merupakan tempat pesakit mendapatkan rawatan yang terbaik. Oleh itu rasionalnya pengwujudan Kad Penjaga di kawasan Wad hospital adalah seperti berikut:-
4.1 Memastikan supaya setiap pesakit yang berada di Wad Hospital Umum Sarawak mendapat rawatan dengan baik dan selesa;
4.2 Memberi kesedaran kepada para pelawat bahawa kawasan Wad adalah kawasan yang memerlukan perhatian terutama bagi pesakit yang menerima rawatan secara intensif;
4.3 Memberi langkah keselamatan kepada para pelawat yang datang ke hospital tercegah daripada sebarang perkara yang tidak dingini seperti jangkitan penyakit. Disamping itu, terdapat pelawat yang tidak mematuhi peraturan membawa anak mereka yang berumur 12 tahun ke bawah memasuki kawasan wad tanpa memikirkan risiko terdedah kepada jangkitan penyakit;
4.4 Memberi kesedaran kepada para pelawat dan penjawat awam hospital bahawa walaupun hospital adalah untuk orang awam, tetapi harus ada timbang rasa antara semua pihak terutama di kawasan Wad hospital.
4.5 Memberi peringatan kepada pihak pelawat bahawa arahan yang telah ditetapkan perlu dipatuhi terutama bagi waktu melawat di Wad Hospital yang mana para pelawat tidak boleh masuk sesuka hati untuk datang melawat.
4.6 Mengelak daripada berlaku kesesakan di Wad Hospital Umum Sarawak. Ini kerana kawasan di Wad agak terhad berikutan ramai pelatih perubatan dan doktor pelatih menjalankan praktikal disamping terdapat pelawat datang sesuka hati terutama bukan waktu melawat menyebabkan kesesakan berlaku.
5 Implikasi Terhadap Penolakan Cadangan Ini
5.1 Pihak Hospital terpaksa menghadapi risiko untuk menjawab sebarang persoalan dan saman dari pihak luar sekiranya berlaku jangkitan penyakit seperti SARS, SELSEMA BURUNG, dan sebagainya;
5.2 Perkara kesesakan di Wad akan berlaku sekiranya tiada pematuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital di kalangan pelawat atau penjaga pesakit yang berada di Wad. Selain itu, akan berlaku ketidakpuasaan hati berkenaan perkhidmatan yang diberikansekiranya tiada pengstrukturan dilaksanakan dalam mengatasi masalah ini.
6 Cara Pelaksanaan Kad Penjaga di Hospital Umum Sarawak
6.1 Mengedarkan risalah tentang Pelan Tindakan Penggunaan Kad Penjaga Hospital Umum Sarawak kepada semua pelawat di hospital dua minggu sebelum pelaksanaan Kad Penjaga berkuatkuasa. Pengedaran akan dilakukan oleh pihak Pengawal Keselamatan;
6.2 Pengedaran risalah, memaparkan dalam laman sesawang HUS;
6.3 Mengwujudkan pengumuman Notis Awam di laluan masuk setiap pintu di Wad Hospital;
6.4 Menentukan tempat dan pegawai yang boleh dirujuk selepas mengisi Borang Kad Penjaga Hospital Umum Sarawak;
6.5 Memberi arahan kepada pihak Kawalan Keselamatan untuk membuat pemantauan khususnya di kawasan Wad Hospital terhadap penjaga atau pelawat yang datang terutamanya pada masa bukan waktu melawat seperti di Perkara 7.1.
7. Kerja-kerja memasang papan tanda waktu melawat dan notis pemakluman awam di wad Hospital Umum Sarawak
7.1 Terdapat 13 tempat yang telah dikenal pasti.
a. Lif Blok Utama Hospital Umum Sarawak
b. Blok Utama Aras 9 / Aras 8 / Aras 7 / Aras 6 / Aras 5 / Aras 4
c. ICU/PAED ICU
d. Blok Pesakit Dalam Aras 2 / Aras 3 / Aras 4 / Aras 55