Obstetrik & Ginekologi

 JABATAN O & G

Dr. Haris N Suharjono
Pakar Perunding  Kanan Sakit Puan

Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi       
Hospital Umum Sarawak

Pengenalan  

Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan adalah jabatan yang mengendalikan kes-kes perbidanan dan ginekologi Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan adalah jabatan yang mengendalikan kes-kes perbidanan dan ginekologi di Hospital Umum Sarawak. Ia juga berfungsi sebagai pusat rujukan utama untuk pusat-pusat kesihatan dan Hospital-hospital daerah seperti Hospital Betong, Sri Aman, Serian, Bau, Simunjan dan Lundu, dan juga  dari  klinik/hopital swasta di sekitar bandaraya Kuching. Ia adalah jabatan yang paling sibuk dan mengendalikan kira-kira 35.96% dari jumlah kemasukan keseluruhan ke Hospital umum Sarawak. Terdapat 16,196 kemasukan ke wad O&G pada tahun 2005. Jabatan ini juga telah berjaya menubuhkan unit-unit sub-kepakaran  seperti unit Gynae Onkologi, perubatan reproduktif dan uroginekologi dan sedang berusaha untuk menubuhkan satu lagi unit sub-kepakaran iaitu unit Feto-maternal untuk meningkatkan mutu penjagaan kesihatan di Kuching dan di Sarawak secara amnya. Jabatan ini juga dapat mengekalkan  kerjasama yang baik dengan Jabatan  O&G UNIMAS dan juga para pensyarahnya.

Objektif 

  • Memainkan peranan utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk ibu dan bayi di Sarawak.
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan peringkat sekunder dan tertiari dalam bidang perbidanan dan sakit puan.
  • Menjadi contoh kepada hospital lain di Sarawak dalam menjalankan status Hospital Rakan Bayi.
  • Menyediakan pusat latihan untuk paramedik, pelajar perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan yang berminat dalam bidang perbidanan dan sakit puan.
  • Menyediakan suasana yang kondusif untuk kajian klinikal dan penyelidikan kualiti dan mutu.

 

Tenaga Kerja

Ketua Jabatan: Dr Harris Njoo Suharjono (Consultant in Reproductive Medicine) dari Ogos 2005

Dr Vijayendreh Subramaniam (Consultant Gynae Oncologist) sehingga Ogos 2005

Consultant:  Dr. Rajesvaran Doraisamy

                     Dr. Wendy Loh

Pakar:             

i.    Dr. Rafaie Amin

ii.   Dr. Suria Idris

iii.  Dr. S. Ragu

iv.  Dr. Sim Wee Wee

v.   Dr. Fabian Kurian

Registrar/ Medical Officer

i.         Dr. Marcus Kang

ii.       Dr. Tan Yiap Loong

iii.      Dr. Ling Soon Dick

iv.      Dr. Tan Tze Ling

v.        Dr. Wai Kok Yau

vi.      Dr. Nachiyappan

vii.     Dr. Haslina Sarkawi

viii.   Dr. John Lim

ix.     Dr. Choo Gim Sum

 

Fungsi Utama dan Perkhidmatan Disediakan 

A.      Pengendalian Kes Kandungan Berisiko Rendah dan Tinggi 

a.      Perkhidmatan Pesakit Luar

·         Klinik Pakar Antenatal

·         Klinik Bersepadu Antenatal –perubatan

·         Klinik Antenatal Kakitangan

·         Perkhidmatan Penjagaan harian Obstetrik

·         Lawatan Klinik Pakar di Hospital Daerah

b.      Perkhidmatan Pesakit Dalam

Rawatan pesakit dalam disediakan melalui 2 wad kelas pertama dan kedua yang menyediakan rawatan antenatal dan postnatal dan juga bilik bersalin yang dilengkapi dengan 9 katil.

B.     Perkhidmatan Ginekologi

a. Pesakit Luar

Pada masa ini, klinik pesakit luar untuk perkhidmatan ginekologi ditawarkan melalui Klinik-klinik Ginekologi Am, Gine Onkologi, Perubatan Reproduktif, Uro-ginekologi dan perkhidmatan kolposkopi/LLETZ di Dewan Bedah Kecil. Perkhidmatan EPAU dan hysteroscopy pesakit luar akan ditawarkan pada masa hadapan. 

b. Perkhidmatan Pesakit Dalam

Wad ginekologi terletak di Tingkat 5, Bangunan Baru Klinikal Pesakit Dalam di Hospital Umum Sarawak. Ia mempunyai 28 katil rasmi dan 3 katil tak rasmi. Semua masalah yang berkaitan dengan sistem reproduktif wanita dan masalah kandungan semasa trimester pertama dirawat di sini.

C. Perkhidmatan Neonatal 

Kerjasama berterusan juga diperolehi dari Jabatan Pediatrik untuk: 

§         Resusitasi bayi baru lahir

§         Penjagaan bayi baru lahir bermasalah

§         Rawatan Intensif neonatal 

Perbincangan kes-kes morbiditi dan mortaliti perinatal dengan Jabatan Pediatrik dijalankan sekali sebulan dimana data-data perinatal dan obstetric dibentangkan. Kes-kes morbiditi dan kematian dibincang dan diaudit dan langkah-langkah pencegahan diambil oleh kedua-dua pihak. Ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan perinatal oleh kedua-dua jabatan.  

D. Pembedahan

Pembedahan ginekologi elektif dijadualkan pada setiap hari Isnin dan Rabu untuk membincangkan kes-kes yang telah dijadualkan untuk keesokannya. Pembedahan LSCS dan BTL dilakukan pada hari Selasa. Prosedur evakuasi untuk kes keguguran dilakukan secara prosedur kecemasan. Pada tahun 2004, prosedur minor seperti colposcopy dan LLETZ dijalankan di Dewan Bedah kecil secara jagaan harian. 

E. Inisiatif  Hospital Rakan Bayi

Setiap kakitangan telah didedahkan dengan Kursus Arahan 18 Jam. Kesemua 10 langkah inisiatif telah dijalankan dan kumpulan sokongan susu ibu juga telah ditubuhkan. 

F. Pembelajaran Perubatan/Kejururawatan berterusan

  • Program Latihan Doktor Siswazah

Tutorial diadakan pada setiap hari Rabu untuk membincangkan masalah-masalah perbidanan dan sakit puan. Konsultan, Pakar dan Pegawai Perubatan juga secara berterusan memberi latihan kepada doktor siswazah semasa rondaan wad, klinik dan pembedahan.  Latihan untuk Registrar dan Pegawai Perubatan Registrar diberi tanggungjawab untuk menguruskan pesakit di wad, klinik dan pusat jagaan harian selain dari latihan pembedahan samada secara elektif atau kecemasan di bawah pengawasan konsultan atau pakar Kelab Journal/Tutorial untuk pasca siswazah. 

  • Latihan untuk registrar dan pegawai perubatan

Registrar diberi tangggungjawab untuk menguruskan pesakit di wad, klinik dan pusat jagaan harian selain dari  latihan pembedahan samada secara elektif atau kecemasan dibawah pengawasan konsultan atau pakar.

Dijalankan secara berkala bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan terbaru dan semasa dalam bidang O & G.

  • Kelab jurnal/ tutorial  untuk pasca siswazah

Dijalankan secara berkala bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan terbaru dan semasa dalam bidang O&G.

  • Audit LSCS
Dijalankan setiap hari Jumaat di mana kes-kes terpilih dibincangkan untuk mengoptimakan pengurusan pesakit
  • Pembelajaran Kejururawatan Berterusan

Semua kakitangan digalakkan untuk menghadiri kursus, kongress, seminar dan syarahan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka

  • SARAWAK ADVANCED LIFE SUPPORT IN OBSTETRICS( SALSO)

Kursus ini dianjur khusus untuk melatih kakitangan supaya cekap dalam mengendali dan mengurus kes-kes kecemasan obstetrik. Semua kakitangan maternity  wajib hadir dan lulus  kursus ini dan sijil SALSO mesti diperbaharui setiap 3 tahun. Kita berjaya mengendalikan 3 kursus pada tahun 2004 (70 orang peserta kursus) dan pada tahun 2005 sebanyak 8 kursus telah dijadualkan sepanjang tahun.

G. Perancang Keluarga

Pegawai dan Pakar Perubatan dari jabatan ini juga secara aktif terlibat dalam aktiviti yang diadakan oleh Family Planning Association (FPA) dengan secara sukarela menghadiri klinik dan menyediakan perkhidmatan secara kaunseling, saringan barah servik, menguruskan masalah O & G dan saringan kesihatan secara amnya. Kita juga melibatkan diri untuk memberi ceramah kepada orang ramai.

Pencapaian

Aktiviti-Aktiviti

Aktiviti-aktiviti dalam wad dilaksanakan bertujuan untuk:

  1. Menilai tahap kesihatan ibu dan bayi dan mengurus apa yang perlu untuk jagaan semasa mengandung dan bersalin.
  2. Pengesanan secara awal dan berkesan untuk segala komplikasi yang mengkin berlaku semasa mengandung.
  3. Pengawasan secara rapi untuk ibu dan kandungannya seperti yang diperlukan oleh setiap pesakit secara individu.
  4. Berkomunikasi dan mengenalpasti kehendak setiap pesakit.
  5. Semua kakitangan sentiasa diberi peringatan supaya mematuhi polisi penyusuan susu ibu.
  6. Menolong ibu-ibu nyediakan diri mereka menghadapi pengalaman melahirkan anak.
  7. Membuat pengawasan yang rapi ke atas semua ibu selepas bersalin sehingga mereka stabil dan melangkah sewajarnya jika ada masalah berlaku.
  8.  Memberi pendidikan kesihatankepada ibu-ibu antenatal dan postnatal.
  9.  Memastikan ikatan bayi dan kedua ibu-bapa terjalin.
  10. Untuk memastikan bayi aktif, sihat dan menyusu mengikut keperluan.
  11. Menghindarkan jangkitan nosokomial dan pelaksanaan universal precaution.
  12. Melayan setiap pelanggan dengan berbudi bahasa.

Pendidikan penyusuan ibu

Minggu penyusuan susu ibu dijalankan pada 1-7 Ogos 2005 di mana risalah diedarkan di dalam wad. Pameran dilakukan pada 1-8 Ogos bertempat di lobi hospitaldi mana risalah, poster dan pertunjukan video diberi.  Bersempena dengan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Kesedaran BFHI diadakan bertempat di Klinik Pakar pada 4 Ogos 2005, untuk kakitangan kejururawatan dari wad-wad bukan maternity.  Kursus BFHI pula dijalankan pada 22-26 September 2005.  Proses pengawasan BFHI diadakan pada 23-26 November 2005.

Projek Inovasi

Jabatan O&G telah merancang untuk memulakan suatu program inovatif, dimana jururawat akan diberi latihan dalam ‘Obstetric Ultrasound’ peringkat 1. Jururawat yang telah menerima latihan selama 6 bulan ini akan ditugaskan di KKIK di seluruh Sarawak untuk melakukan ‘ultrasound scan’. Langkah ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan untuk wanita-wanita yang mengandung di Negeri Sarawak. Program ini sepatutnya bermula pada tahun 2005 akan bermula pada bulan Mac 2006.

Penghargaan

Persembahan QAP, Jabatan O&G yang bertajuk, “Appropriate Waiting Time For Antenatal Patients To Be Admitted To Maternity Ward” telah menjadi juara pada Konvensyen Q 2005 di Sibu yang diadakan pada bulan September.



This article comes from Portal Rasmi Hospital Umum Sarawak
http://hus.moh.gov.my/v3

The URL for this story is:
http://hus.moh.gov.my/v3/modules/xt_conteudo/index.php?id=53