LAMAN UTAMA PROFIL HOSPITAL LEMBAGA PELAWAT SOALAN LAZIM MAKLUMBALAS & KOMEN PETA LAMAN


BAHAGIAN KEJURURAWATAN 

MATRON FU CHOON KEE
Ketua Penyelia Jururawat, U42

Ketua Bahagian 

Perkhidmatan Kejururawatan

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan merupakan bahagian yang terbesar dalam organisasi Hospital Umum Sarawak. Ia diterajui oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U38 yang melakukan sebahagian besar Penyeliaan Perkhidmatan Kejururawatan di hospital ini. Beliau juga bertanggungjawab menjaga Unit Pensterilan, Klinik Pakar dan Unit Kualiti.  

Terdapat 3 Penyelia Jururawat U36 yang menjaga disiplin masing-masing seperti: Perubatan, Pembedahan, O & G dan Pediatrik. 

Tanggungjawab Jururawat U36 (yang menjaga) ialah merancang, melaksanakan, menyelaras dan menilai amalan kejururawatan dan juga bertanggungjawab di dalam pelaksanaan tugas seharian di kawasan klinikal beliau: 

·         DISIPLIN PERUBATAN

  • Wad Perubatan Lelaki dan Perempuan
  • Unit Dermatologi,
  • Unit Nefrologi
  • Wad Pengasingan Perubatan
  • Unit Kawalan Infeksi
  • Unit Perawatan Jantung
  • Unit Kardiotorasik
  • Makmal Invasif Kardiovaskular
  • Wad Onkologi Lelaki dan Perempuan
  • Wad Penjagaan Paliatif
  • Unit Hemodialisis
  • Kaunseling HIV/AIDS

·         DISIPLIN BEDAH

  1. Wad Bedah Lelaki dan Perempuan
  2. Urologi
  3. Neurosurgeri
  4. Unit Kebakaran dan Kelecuran
  5. Wad Bedah Pediatrik
  6. Wad Ortopedik
  7. Wad Oftalmologi dan Otorinolaringologi
  8. Anestesiologi dan Rawatan Rapi
  9. Unit Rawatan Rapi Kardiak
  10. Bilik Bedah Am/ Bilik Bedah Jantung
  11. Pusat Harian Pembedahan
  12. Jabatan Kecemasan
  • DISIPLIN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI TERMASUK PEDIATRIK 
  1. Wad Bersalin
  2. Wad Sebelum dan Selepas Bersalin
  3. Wad Kelas 1 dan 2 Maternity
  4. Nurseri / Unit Rawatan Rapi Neonatal
  5. Wad Ginekologi
  6. Pusat Harian Obstetrik
  7. Wad Pediatrik ( Perubatan )
  8. Wad Pediatrik ( Onkologi)
  9. Wad Pediatrik Berasingan dan
  10. Wad Tanggungan Utama
  • DISIPLIN RADIOTERAPI, BIUS DAN KECEMASAN
  1.  Wad Onkologi Lelaki
  2. Wad Onkologi Perempuan
  3. Wad Penjagaan Palliatif
  4. Wad ‘Ambulatory’
  5. Wad ‘Intensive Care Unit’ Jabatan Kecemasan
  6. Bilik Pembedahan Utama
  7. Bilik Pembedahan Harian
  8.  Bilik Pembedahan Jantung

 

OBJEKTIF

Objektif Perkhidmatan Kejururawatan adalah menyediakan Perkhidmatan Kejururawatan yang cekap, berkualiti, berkesan dan holistik kepada semua pesakit melalui :-

  1. Kolaborasi di antara disiplin
  2. Pembelajaran Kejururawatan yang berterusan (CNE)
  3. Penyelidikan/ Kajian.
  4. Penyeliaan yang berkesan/ untuk pelajar dan kakitangan baru
  5. Komunikasi positif di antara kakitangan, pesakit dan orang awam. 
  6. Perkhidmatan Kejururawatan menjamin kesempurnaan dan keselamatan di dalam mengendalikan tugas harian.

Bahagian kejururawatan telah menghadapi banyak cabaran dalam tahun 2005. Kekurangan jururawat masih lagi merupakan masalah utama yang dihadapi. Pengendalian perkhidmatan kejururawatan seharian semakin mencabar dengan bertambahnya perkhimatan klinikal seperti Neurosurgeri, Urosurgeri, Nefrologi, Hepatobiliari, Cardiologi, Haematologi, Endokrinologi, Rheumatologi dan Penyakit Berjangkit. Banyak jawatan kosong belum diisi lagi. Pada bulan November seramai 15 Jururawat U29 lantikan baru telah ditempatkan di Hospital Umum Sarawak tetapi masih belum mencukupi kerana ada dikalangan Jururawat ditukar keluar, bersara wajip dan 3 orang Ketua Jururawat bersara awal.

KEGIATAN PENINGKATAN KUALITI PROGRAM KEPASTIAN KUALITI

Beberapa wad yang diketuai oleh Ketua Jururawat masing masing telah membuat beberapa projek QAP dan masih meneruskan projek tersebut. Terdapat 11 projek baru yang telah dikenal pasti dan didalam proses . Projek QAP “ COUNSELLING TECHNIQUE FOR PEOPLE LIVING WITH HIV/AIDS ” telah dipersembahkan di Konvensyen Q 2005 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di Sibu.  Projek QAP yang diketuai  oleh KJ Dyg. Jakiah telah menjadi juara.

Kawalan Meningkat Mutu Kerja

Lima Kumpulan KMK telah pun ditubuh dan projek mereka masih dalam proses.

Inovasi

Beberapa wad telah membuat beberapa Inovasi walaupun tidak dipertandingkan.

“National Indicator Approach

Kajian “The Incidence Of Thrombophlebitis” ke atas pesakit yang menerima Infusi Intravena telah dibuat dan keputusannya ialah 3.56% - 7.47%. Purata 5.83% tidak melebihi 10 %.

Laporan Insiden

Semua staf telah membuat pemantauan laporan insiden seperti yang dicatitkan dalam format.

“Clinical Skills Assessment”

Penilaian ke atas prosedur yang dibuat oleh Ketua Jururawat ke atas semua kategori Jururawat setiap 2 bulan dan laporan penilaian dikemaskini oleh penyelia Jururawat. Laporan menunjukkan jumlah prosedure yang telah dinilai dan betul.

“Planned Discharge”

Pemantauan “Planned Discharge” selepas kemasukkan pesakit dibuat setiap bulan.  Keputusannya adalah 74.22% - 82.77%.

“State Indicator Approach/ Hospital Specific Approach”

Telah dibuat oleh disiplin masing masing.

Fungsi Khas 

a. Jawatankuasa Sambutan

Telah ditubuhkan untuk menyambut tetamu/ pelawat di Hospital Umum Sarawak terutama sekali orang-orang kenamaan.  Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada Penyelia Jururawat U38 dan beberapa Ketua Jururawat dari beberapa wad. Tahun 2005 merupakan tahun yang sibuk untuk mereka. Orang-orang kenamaan yang telah melawat Hospital Umum Sarawak ialah Isteri TYT, Sarawak. Isteri Ketua Menteri Sarawak dan ahli ahli Sabati, Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, YB Aidian Wing  dan  Badan -badan  Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa sambutan juga bertanggungjawab untuk menghias hospital lobi dimasa perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Gawai dan Krismas.

2.  Jawatankuasa Program “ Internship “

Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada semua Penyelia Jururawat dan beberapa Ketua Jururawat.  Program “Internship” adalah satu program untuk jururawat terlatih yang baru. Untuk menyesuaikan diri mereka dengan tugas baru selepas latihan. Ia bermula pada tahun 2003 di 4 buah Hospital iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri dan Hospital Bintulu. Program ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Kejururawatan Negeri Sarawak selepas satu mesyuarat teknikal Penyelia Jururawat di Miri pada 12/8/2003. Pada tahun 2005 seramai 39 orang jururawat terlatih termasuk 4 dari Simunjan dan 5 dari Betong Hospital telah mengikuti program ini. Program ini telah memberi lebih keyakinan untuk mereka mengendalikan wad-wad di mana mereka bertugas.

 

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend



Hakcipta Terpelihara © 2007 - Hospital Umum Sarawak

User Check | Web Login

PENAFIAN: Hospital Umum Sarawak tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

PENAFIAN BAHASA : Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas alih bahasa adalah dibuat secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Hospital Umum Sarawak tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Dibangun & diselenggara oleh Team Portal HUS


Tarikh Kemaskini : 14/04/2014