LAMAN UTAMA PROFIL HOSPITAL LEMBAGA PELAWAT SOALAN LAZIM MAKLUMBALAS & KOMEN PETA LAMAN


JABATAN PEMBEDAHAN PEDIATRIK

Ms Anne Rachel John
Pakar Perunding Kanan Pembedahan Pediatrik
Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik
Hospital Umum Sarawak

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Pediatrik menyediakan perkhidmatan kepakaran pembedahan untuk kanak-kanak di Negeri Sarawak memandangkan ia adalah satu-satunya Unit yang terdapat di Negeri ini. Sejak penubuhannya  dalam tahun 1996, perkhidmatan yang diberi cepat berkembang  walaupun dalam keadaan kekurangan peruntukan dan tenaga kerja. 

Dua Wad Pembedahan Pediatrik yang mempunyai 28 katil terletak di Aras 4, Blok Pesakit Dalam. Ia adalah wad gunasama bagi semua pasukan pembedahan penjagaan kanak-kanak.

Objektif

  •  Untuk memberi perkhidmatan Pembedahan Pediatrik yang cemerlang, berkualiti, penyayang, dan saksama kepada semua kanak-kanak di Sarawak.

  • Untuk memberi latihan kepada profesional penjagaan kesihatan dan anggota allied-health.

  • Untuk memberi pendidikan kesihatan kepada ibu-bapa dan orang awam.

Fungsi Utama
  •  Memberi perkhidmatan pembedahan berkualiti kepada kanak-kanak di Sarawak.

  •  Sebagai pusat rujukan tertiary bagi pembedahan Pediatrik di Sarawak termasuk hospital swasta serta negara jiran disamping memberi penjagaan prima dan sekunder kepada Bahagian Kuching dan kawasan-kawasan sekitarnya.

  • Mewujudkan pusat latihan kepada pakar bedah, pelajar perubatan dan personel allied-health.

  • Memberi sumber maklumat kepada keluarga kanak-kanak yang memerlukan pembedahan supaya kerja berpasukan dan kerjasama dapat dijalin di antara personel kesihatan dan keluarga.
  • Mewujudkan rangkaian perkhidmatan dengan hospital-hospital lain di negeri ini.

Perkhidmatan yang disediakan

Penjagaan Pesakit Dalam yang berkualiti untuk kes-kes elektif dan kecemasan.

  • High Dependency dan penjagaan rapi peri-operative seperti yang diperlukan.

  • Penjagaan peri-operative untuk pembedahan neonate.

  • Play Therapy

  • Pergabungan dengan ibu bapa di samping memberi sokongan Psikologi kepada kanak-kanak, ibu bapa dan seisi keluarga.

  • Klinik Pesakit Luar dua kali seminggu.

  • Pembedahan Elektif dua kali seminggu.

  • Perkhidmatan 24 jam / hari dengan menjalankan pembedahan jika diperlukan.

  • Latihan untuk anggota Perubatan dan Kejururawatan.

  • Menjalin rangkaian dengan hospital-hospital lain – Perkhidmatan Klinik yang tetap dan sesi pembedahan; rujukan kecemasan ke hospital ini atau jika pesakit terlalu tenat untuk dirujuk, Pakar Bedah akan mengunjungi pesakit.

Aktiviti

A.  Penjagaan Pesakit Dalam

Kemasukan

Purata kemasukan adalah 3.45 sehari Jururawat melengkapkan prosedur kemasukan seperti penilaian pesakit, orientasi wad dan sokongan psikologi untuk ibu bapa dan pesakit. Kanak-kanak berkenaan akan diperiksa dan dirurus oleh pasukan Perubatan dan Kejururawatan.

Discaj

Purata masa tinggal adalah 16.87 hari. Discaj yang dirancang diamalkan sejauh mana yang boleh kerana terdapat ramai pesakit yang datang dari luar Bahagian Kuching. Sehubungan itu adalah dipastikan ibu bapa yakin untuk meneruskan penjagaan anak-anak mereka di rumah contohnya penjagaan stoma ataupun masalah untuk makan. Namun beberapa orang pesakit dirujuk balik ke hospital untuk penjagaan seterusnya.

Penjagaan Kejururawatan

Di Wad Pembedahan Pediatrik, Jururawat perlu membahagikan masa mereka di antara Unit High Dependency dan Wad Pembedahan Am penjagaan kejururawatan dan penjagaan rutin untuk bayi.

Pendidikan Ibu Bapa

Kami amat percaya dengan penyertaan ibu bapa terhadap penjagaan anak-anak mereka adalah sangat penting dari segi emosional dan psikologi dalam memastikan kemajuan kanak-kanak. Ibu bapa digalakkan untuk mengiringi anak-anak mereka walaupun semasa prosedur yang kurang menyenangkan dijalankan untuk memberi rasa selamat dan sokongan emosional kepada kanak-kanak berkenaan.

Ibu bapa akan mengiringi anak mereka ke Dewan Bedah sehingga anak mereka tidur. Ibu bapa diajar juga untuk penjagaan bayi, luka bekas pembedahan dan stoma, rectal washout dan dilatation mengikut keperluan. Ini akan memendekkan jangkamasa tinggal di wad kerana mereka boleh meneruskan penjagaan di rumah. Ketika di wad, pasukan perubatan dan kejururawatan akan memberi pendidikan kesihatan kepada ibu bapa. 

Penjagaan Luka Bekas Pembedahan dan Stoma

Penjagaan Luka Bekas Pembedahan – adalah satu bahagian penting dalam pengurusan pembedahan. Ibu bapa digalakkan untuk belajar supaya mereka akan dapat meneruskan penjagaan di rumah.

Penjagaan Stoma – Beberapa orang kanak-kanak yang menghidap penyakit Hirschsprung dan anorectal malformation perlu stoma sementara sebelum pembedahan definitif. Ibu bapa diajar penjagaan stoma dan loop washout. Kebanyakan mereka telah cekap dalam penjagaan stoma dalam jangkamasa seminggu. Jika mereka menghadapi masalah selepas discaj , mereka digalakkan untuk menghubungi wad untuk nasihat dan jika ada komplikasi, doktor akan diberitahu.

Rectal Washout

Ini merupakan bahagian yang penting di dalam proses penjagaan kanak-kanak menghidap penyakit Hirschspring’s. Ia boleh mengambil masa yang lama untuk jururawat melaksanakan prosedur tersebut sekaligus mendidik penjaga/ ibubapa pesakit.

Nutrisi Parenteral

Nutrisi parenteral sebahagian ataupun secara keseluruhan akan dikira dan disediakan di wad tanpa kehadiran sistem berpusat.

Venous Access

Prosedur venous access sekurang-kurangnya memerlukan 2 orang jururawat dan mungkin mengambil masa yang panjang untuk melakukannya. Bagi venous access yang dapat bertahan lama dan juga penggunaan kateter vena central juga sering digunakan oleh pesakit onkologi.

Terapi Bermain

Kemasukan ke wad merupakan pengalaman yang pahit bagi pesakit dan juga ibubapa mereka. Bagi meminimumkan kesan trauma psikologi ini disamping mengalakkan pergerakkan awal pesakit maka persekitaran wad yang terang dan ceria telah dibuat. Taman mainan kanak-kanak juga disediakan bagi pesakit pediatrik. Usaha melaksanakan terapi bermain ini terjejas akibat daripada kekurangan kakitangan. Buat masa ini, atendan kesihatan kanan telah ditugaskan untuk menyelia sesi terapi bermain ini. Walaupun begitu, kebanyakan kemudahan yang ada seperti buku dan barang permainan telah hilang. Keadaan ini memerlukan pengantian yang segera.

Terapi Musik

Pelbagai musik termasuk klasikal dimainkan untuk neonate untuk perkembangan otak.

Penjagaan Harian

Disebabkan tidak ada unit Penjagaan Harian yang dikhaskan untuk pesakit  pediatrik maka perkhidmatan penjagaan harian dikendalikan di wad.  Pesakit datang untuk penjagaan luka bekas pembedahan termasuk buka jahitan, venouse access dan kemasukan catheter, penjagaan stoma, rectal washout dan kadang-kadang untuk nasihat dan penilaian oleh jururawat atau doktor. Kanak-kanak yang telah diberi ubat pelali untuk prosedur akan diperhatikan di wad untuk beberapa jam.  Jururawat wad yang sama akan mengendalikan pesakit dalam dan luar.

B. Unit High Dependency

Ruang  akut -  yang mempunyai 4 katil digunakan sebagai HDU dan Unit Rawatan Rapi kerana katil untuk ICU dan Neonatal ICU di hospital ini adalah terhad. HDU menghadapi kekurangan jururawat yang akut dan walaupun ICU utama mengekalkan nisbah jururawat / pesakit pada 1:1 mereka turut membantu.  Jururawat-jururawat berkenaan perlu dihargai atas kesungguhan dan tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas mereka.  Pesakit-pesakit yang memerlukan penjagaan HDU akan juga di pantau di wad utama sekiranya katil HDU telah tidak mencukupi.

 Dua masalah yang telah timbul  dengan  pesakit ventilated dan HDU di wad terbuka yang menghadapi kekurangan anggota adalah jangkitan nosocomial yang sukar untuk dikurangkan dan kawalan pelawat

C. Klinik Pesakit Luar

Klinik Pesakit Luar Pembedahan Pediatrik diadakan pada sebelah petang dua kali seminggu. Disebabkan hanya terdapat 2 buah bilik pemeriksaan maka ia terpaksa digunasama untuk mengurangkan masa menunggu dan pada masa yang sama Pakar boleh menyelia Pegawai Perubatan.

D. Pembedahan 

Unit ini hanya menjalani 2 pembedahan elektif seminggu. Walaupun terdapat seorang Pakar Bedah, masa adalah terhad. Tempoh menunggu untuk kes elektif adalah lebih kurang 18 bulan, sementara kes separuh elektif adalah 4-6 bulan. Kes separuh kecemasan neonatal diberi keutamaan dan disebabkan itu menyebabkan pembedahan elektif dibatalkan. Pembedahan kecemasan dijalankan setiap hari, bilangannya adalah hampir sebanyak kes elektif. 

E. Aktiviti-aktiviti Pendidikan Berterusan

Sebelum ini, sesi pendidikan dilaksanakan bersama Unit Pembedahan Am namun semenjak Ogos 2004, Jabatan ini mengendalikan sesi pendidikannya sendiri. Pegawai Perubatan dan Jururawat digalakkan untuk membuat penyelidikan topikal dan seterusnya membentangkan pengurusan perubatan dan kejururawatan

Walaupun idea ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca, pemikiran yang berdasarkan bukti dan sebagai latihan untuk membuat pembentangan namun sambutan untuk sesi pendidikan ini agak mengecewakan.  Sesi bersama Pakar Radiologi dan Urologi mewujudkan sesi perbincangan yang lebih menarik.

Projek Kualiti
 

Kajian QAP termasuklah yang melibatkan peringkat hospital, negeri dan juga kebangsaan. Kajian Kepuasan Pelanggan juga telah dilaksanakan dan belbagai cadangan telah diperolehi hasil maklumbalas responden yang terdiri daripada penjaga ataupun ibubapa pesakit.

Indikator kebangsaan untuk Wad adalah : 

a) Kadar White appendix

b) Kemasukan semula dalam 48 jam selepas discaj.

c) Kadar Thrombophlebitis dalam kanak-kanak, berumur atas 6 tahun yang menjalani terapi intravenous.

d) Incidence of pressure sore in non-ambulatory patients.

G . Rangkaian

Sistem rangkaian merupakan bahagian penting dalam perkhidmatan ini memandangkan pesakit berada di merata kawasan di seluruh negeri. Lawatan ke Sibu, Miri dan Kapit kerap diadakan di mana klinik dan sesi pembedahan dijalankan. Perhubungan melalui telefon dan emel di antara hospital-hospital di negeri ini dan pasukan pembedahan pediatrik kerap diadakan di mana ia adalah penting untuk rujukan dan pengurusan kecemasan. Walaubagaimanapun jika neonate terlalu tenat untuk dirujuk maka Pakar Bedah akan mengunjungi pesakit berkenaan untuk penilaian dan penjagaan selepas pembedahan akan dikendalikan oleh Pakar Pediatrik. Sesi pendidikan untuk anggota-anggota kejururawatan turut diadakan melalui lawatan oleh Jururawat bersama Pakar Bedah ataupun Jururawat dari Hospital-hospital lain mendapat latihan di hospital ini. 

H.  Aktiviti-aktiviti Pencegahan

Pendidikan kesihatan dilaksanakan secara formal untuk ibu bapa dan tidak formal bagi penjaga yang mengiringi pesakit semasa di wad.  Namun demikian kumpulan sasaran adalah jauh lebih ramai daripada yang dapat dicapai oleh Unit ini.

Pencapaian

i)    Jumlah Kemasukan Dan Discaj Di Wad Pembedahan Pediatrik 4A 2005
 

Bulan

Kemasukan

Discaj

January / Januari

97

90

February / Februari

78

89

March / Mac

120

112

April / April

103

110

May / Mei

91

92

June / Jun

116

118

July / Julai

129

120

August / Ogos

96

101

September / September

107

94

October / Oktober

112

103

November / November

103

92

December / Disember

108

101

Total / Jumlah

1260

1222

 

     

ii)   Bebankerja: Januari – Disember 2005

     

Discipline

No. Of beds

Admission

Average Admission

Discharge

Death

Total Patient Days

BOR %

General Surgery

16

1127

3.09

1103

1

5388

92.26

Plastic Surgery

6

107

0.29

92

0

617

28.1

Gynaecology

2

5

0.01

5

0

14

 

Urology

2

21

0.06

22

0

137

18.77

Total

26

1260

3.45

1222

1

6156

64.87

 

 

 

 

 

 

iii)   Kemasukan Mengikut Disiplin

     

General Surgery

Plastic Surgery

Urology Surgery

Gynaecology Surgery

1127

107

21

5

 

 

iv)  Perbandingan Bebankerja Mengikut Disiplin Untuk 2004 dan 2005 

 

Discipline

Disiplin

Admission

Kemasukan

Discharges

Discaj

Bed Occupancy Rate (%)

Kadar Penggunaan Katil (%)

Total Patient Days

Jumlah Hari Pesakit

Average Lengh of  Stay (days)

Purata Masa Tinggal (hari)

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend


Hakcipta Terpelihara © 2007 - Hospital Umum Sarawak

User Check | Web Login

PENAFIAN: Hospital Umum Sarawak tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

PENAFIAN BAHASA : Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas alih bahasa adalah dibuat secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Hospital Umum Sarawak tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Dibangun & diselenggara oleh Team Portal HUS


Tarikh Kemaskini : 17/04/2014