LAMAN UTAMA PROFIL HOSPITAL LEMBAGA PELAWAT SOALAN LAZIM MAKLUMBALAS & KOMEN PETA LAMAN


DR CHAN HIANG CHUAN
JABATAN KECEMASAN & KEMALANGAN

HOSPITAL UMUM SARAWAK

Pengenalan

Lokasi Jabatan Kecemasan terletak di Aras 1, Blok Klinikal, di sebelah timur, Hospital Umum Sarawak. Diwujudkan sejak tahun 1970 sebagai sebuah unit kecil  “Casualty” dan dikendalikan oleh pembantu perubatan. Ia menyediakan perkhidmatan yang sama dengan Jabatan Pesakit Luar. Kini ia telah berkembang pesat bukan sahaja daripada segi infrastruktur dan kemudahan tetapi juga skop dan taraf perkhidmatan yang disediakan. Sebagai sebuah disiplin penuh, ia menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan 24 jam sehari untuk semua kes kecemasan dan trauma. Dikenali sebagai Jabatan Kecemasan,  dan  diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan ini menyediakan perkhidmatan penyaringan, resusitasi dan stabilisasi ke atas semua kes-kes kecemasan dan trauma.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif, berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit yang cedera dan penyakit-penyakit akut dengan tujuan menyelamat nyawa, mempercepatkan proses pemulihan sementara mengekalkan perhubungan awam yang baik dan berkesan.

  1. Pengesanan awal, rawatan cekap dan berkesan bagi kecederaan dan penyakit akut.
  2. Mengelak dan mengurangkan kecacatan dari kecederaan atau penyakit
  3. Merujuk pesakit kepada disiplin yang bersesuaian dan berpatutan untuk rawatan lanjutan. 
  4. Merujuk pesakit kepada disiplin yang bersesuaian dan berpatutan untuk rawatan lanjutan.

Organisasi

Diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Kecemasan sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat, Pembantu Tadbir, Pemandu Ambulans dan Atendan Kesihatan.

Fungsi Utama

Fungsi utama Jabatan Kecemasan adalah untuk menyediakan:

               i.      Perkhidmatan pra-hospital

             ii.      Perubatan/Penjagaan Kecemasan

            iii.      Perawatan Kecemasan

            iv.      Latihan Perubatan/Penjagaan Kecemasan. 

 Perkhidmatan yang disediakan 

              i.      Perkhidmatan Pra-Hospital

a.       Ambulan kecemasan 24 jam bagi kawasan Kuching.

b.       Pemindahan pesakit di antara atau antara hospital (waktu pejabat).

c.       Pasukan Perubatan Bersedia.

d.       Respons kecemasan semasa bencana.

Beroperasi dengan 2 pasukan ambulan setiap sif, skop perkhidmatan ambulan kecemasan adalah terhad kepada kes-kes kecemasan dan trauma sahaja dalam kawasan operasi lebih kurang 30 kilometer radius. Ini adalah kerana kekurangan anggota dan sumber-sumber lain.Setiap pasukan ambulan dianggotai oleh seorang pembantu perubatan sebagai ketua pasukan, seorang jururawat dan seorang pemandu.

 

Penjagaan/Perubatan Kecemasan 

a.       Penyaringan prima

b.       Penyaringan sekunda

c.       Resusitasi dan stabilisasi

d.       Perubatan pemerhatian

e.       Rawatan kes-kes bukan kritikal

f.         Pembedahan kecil.

Jabatan ini mengamalkan polisi di mana setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di jabatan ini akan melalui proses penyaringan atau “triage”. Proses ini adalah untuk menentukan jenis dan tahap kecemasan, kecederaan atau penyakit pesakit supaya rawatan dan penjagaan di zon rawatan yang bersesuaian dapat diberi kepada pesakit dalam masa yang telah ditetapkan.

Untuk menentukan tahap kecemasan, empat kategori kecemasan telah diadakan.

i.    Kritikal (Merah)

Pesakit yang di kategorikan sebagai kritikal akan di bawa ke zon Merah dimana intervensi,resusitasi dan stabilisasi akan diberi dengan sertamerta. Semua proses rawatan dan pengendalian pesakit akan dilakukan dalam zon ini termasuk pendaftaran, siasatan dan stabilisasi .

ii.   Separa Kritikal (Kuning)

Untuk kes-kes yang di kategorikan sebagai separa kritikal, pesakit akan didaftar dan dibawa ke zon Kuning. Jangka masa untuk pesakit mendapat rawatan dalam zon ini ialah 0 hingga 15 minit bergantung kepada jumlah kes dan tenaga kerja dan juga jika ada pesakit di Zon Merah. 

iii.    Bukan Kritikal (Hijau)

Bagi kes-kes bukan kritikal, 2 kategori telah diwujudkan untuk memudahkan dan melicinkan pengendalian kategori ini. 

  1. Bukan Kritikal 1 (G1)

Kes-kes bukan kritikal 1 (G1) adalah kes kes yang cedera ringan atau penyakit ringan tetapi memerlukan intervensi dengan segera. Pesakit akan melalui lorong hijau di Zon Hijau (Green Lane) di mana pesakit ini akan diberi intervensi awal dengan segera oleh pembantu perubatan atau pegawai perubatan. Pemeriksaan, siasatan dan rawatan seterusnya akan mengambil masa 15 hingga 90 minit bergantung kepada kerumitan kes tersebut, atau jika ada pesakit di Zon Merah dan Kuning.

  1. Bukan Kritikal 2 (G2)

Bagi kes-kes bukan kritikal 2 (G2), kategori ini adalah kes-kes kecemasan yang tidak kritikal seperti cedera ringan tanpa pendarahan yang aktif dan sakit akut yang tidak memudaratkan dalam jangka masa yang singkat. Pesakit akan di rawat di Zon Hijau dan jangka masa menunggu boleh mengambil masa sehingga 90 minit bergantung jika ada kes di Zon Merah dan Zon Kuning. 

  1. Bukan Kecemasan (G3)

Kes-kes bukan kecemasan adalah kes ringan dan kes kronik yang tidak   akan mengancam nyawa jika tidak mendapat rawatan dengan segera. Kes-kes bukan kecemasan adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar.

Perawatan Kecemasan

Selain dari  membuat intervensi dan stabilisasi   pesakit, Jabatan Kecemasan juga menyediakan wad untuk memerhati keadaan pesakit. Jumlah katil di Wad Pemerhatian jabatan ini ialah sepuluh buah katil.  Pesakit yang dimasukkan ke wad ini adalah mereka yang perlu diperhatikan dalam jangka masa kurang dari 24 jam, pesakit yang diberi ubat-ubatan, atau pesakit yang menunggu untuk diperiksa oleh disiplin-disiplin yang berkenaan.

Pusat Khidmat Krisis Bersepadu

     Dengan kerjasama lain-lain agensi seperti Polis, Jabatan Kebajikan dan lain-lain, Jabatan Kecemasan juga menyediakan Pusat Khidmat Krisis Bersepadu untuk kes-kes seperti berikut; 

  1. Keganasan Rumahtangga.

  2. Rogol
  3. Liwat
  4. Lain-lain

Bilik-bilik khas telah disediakan untuk pemeriksaan, rawatan, kaunseling dan juga sebagai tempat perlindungan sementara sebelum kes-kes tersebut di ambil alih oleh agensi-agensi yang berkenaan.

Latihan

Jabatan Kecemasan, Hospital Umum Sarawak juga aktif terlibat dengan latihan dan kursus. Di antara latihan-latihan dan kursus yang aktif dijalankan adalah; 

a.      Latihan asas para perubatan

·         Ceramah/amali

·         Penempatan 

b.      Latihan asas perubatan

·         Ceramah/amali

·         Penempatan

c.       Pembelajaraan Kesihatan Berterusan

·         Kursus

·         Seminar/Konferen

Pada tahun 2005, Jabatan Kecemasan, Hospital Umum Sarawak telah menganjur berberapa kursus yang diantaranya adalah kursus ECG, kursus pengendalian trauma, kursus respon kepada bencana dan pertolongan cemas. Jabatan Kecemasan juga berpeluang menganjur persidangan perubatan kecemasan peringkat kebangsaan pada tahun 2005.

Aktiviti

Aktiviti-aktiviti Jabatan Kecemasan bermula dari saat pesakit masuk ke Jabatan Kecemasan. Ada juga yang bermula dari tempat kemalangan atau kejadian sehingga ke Jabatan Kecemasan. Bagi aktiviti-aktiviti yang bermula di tempat kejadian, semuanya bermula dengan panggilan ambulans. Pasukan ambulans akan bergegas ke tempat kejadian, memberi intervensi dan rawatan awal, stabilisasi, dan kemudian memindahkan pesakit ke hospital. Di Jabatan Kecemasan, pesakit akan melalui penyaringan semula,  dan rawatan sewajarnya akan diberikan sebelum pesakit dimasukkan ke wad atau dibenarkan pulang ke rumah.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend



Hakcipta Terpelihara © 2007 - Hospital Umum Sarawak

User Check | Web Login

PENAFIAN: Hospital Umum Sarawak tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

PENAFIAN BAHASA : Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas alih bahasa adalah dibuat secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Hospital Umum Sarawak tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Melayu.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Dibangun & diselenggara oleh Team Portal HUS


Tarikh Kemaskini : 24/04/2014