JABATAN PEMBEDAHAN PLASTIK
Dr V. Mourougayan
Pakar Perunding Kanan
Pembedahan Plastik
Ketua Jabatan Pembedahan Plastik
Hospital Umum Sarawak
Pengenalan
Wad Burn (di bawah Jabatan Pembedahan Plastic) telah dibuka pada tahun 1986. Lokasi wad ini sebelum ini adalah di Tingkat 4, Blok Utama Timur. Kemudiannya wad ini telah dipindahkan ke Tingkat 3, Blok Utama Barat (sebelum ini Wad ICU ) pada 27 November 2001 kerana kerja kerja baikpulih. Terdapat 5 buah katil di wad ini dan diketuai oleh seorang Pakar Bedah Plastik dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan.
Wad ini adalah wad untuk lelaki & perempuan, dewasa dan kanak-kanak dan juga untuk pesakit luar yang datang untuk ‘follow-up dressing’.
Objektif
-
Untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang selamat dan sesuai
-
Untuk memastikan pesakit pulih dan dapat menjalani kehidupan yang normal.
-
Untuk memastikan staf mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam sejajar dengan pengalaman yang diperlukan bagi menjamin perawatan pesakit yang berkesan.
-
Untuk memastikan bahawa ibu bapa dan masyarakat prihatin terhadap cara mengelakkan kecederaan yang melibatkan kebakaran.
Fungsi Utama
- Untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pelanggan bagi pesakit.
- Bertindak sebagai pusat rujukan bagi pesakit dari hospital-hospital daerah.
- Menyediakan rawatan susulan kepada pesakit
Kakitangan
- Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Mr. V. Mourougayan
- Seorang Pegawai Perubatan
- Seorang Ketua Jururawat, Helen Wong
- 11 orang Jururawat Terlatih (1 Klinikal JT)
- 8 orang Jururawat Masyarakat
- 7 orang Pembantu Perawatan Kesihatan
Pencapaian
Latihan
-
Latihan “bedside” kepada jururawat semasa “dressing round”oleh doktor dan ketua jururawat setiap hari dan apabila diperlukan.
- CNE oleh staf di wad
-
Dua orang staf telah dihantar bagi menjalani penempatan di Pusat Rawatan Kebakaran di Hospital Umum Singapura.
-
Dua orang staf juga telah menghadiri Seminar Kebakaran yang telah diadakan oleh USM di Kelantan.
-
26 orang staf telah menghadiri pelbagai kursus yang diadakan oleh pihak hospital.
-
Pelajar dari bidang kejururawatan dari Hospital Normah telah menjalani penempatan di Wad Kebakaran dari masa ke semasa.
Kemasukan Pesakit
Terdapat sedikit penurunan dalam jumlah kemasukan pesakit iaitu seramai 112 jika dibandingkan dengan 129 pada tahun lepas. Dari 112 kemasukan pesakit tersebut, 66% daripadanya adalah kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun di mana pesakit yang termuda hanya berusia 1 minggu. Pada tahun 2005, kami telah menerima kemasukan kecederaan yang melibatkan kebakaran yang teruk iaitu kecederaan yang terbesar telah dicatatkan sebanyak 95% bagi orang dewasa dan 60% bagi kanak-kanak.
Discaj
Purata sebanyak 11.51 hari telah dicatatkan bagi tahun 2005. “Planned discharge” telah dijalankan dan kami telah mencapai hampir 98% memandangkan seorang pesakit telah meminta untuk keluar wad disebabkan oleh masalah sosial dan keluarga beliau memohon untuk dirujuk ke klinik yang berdekatan dengan rumah. Setelah keluar, rujukan bagi merawat luka telah dilakukan di wad (bagi pesakit yang lukanya masih belum sembuh sepenuhnya) bagi memberikan penjagaan luka yang sempurna.
Statistik Menunjukkan Jumlah discaj yang dirancang Bagi Tahun 2005
|
Bulan |
Jumlah Discaj |
Discaj yang dirancang |
Peratus |
|
Jan |
6 |
6 |
100% |
|
Feb |
12 |
12 |
100% |
|
March |
8 |
8 |
100% |
|
April |
9 |
9 |
100% |
|
May |
8 |
8 |
100% |
|
June |
7(1 DAMA) |
6 |
85.71% |
|
July |
4 |
4 |
100% |
|
Aug |
15 |
15 |
100% |
|
Sept |
9 |
9 |
100% |
|
Oct |
16 |
16 |
100% |
|
Nov |
8 |
8 |
100% |
|
Dec |
11 |
11 |
100% |
Pendidikan Kepada Keluarga Pesakit
Kami menekankan kepada ibubapa tentang pentingnya bagi mempelajari cara untuk mengelakkan kecederaan di rumah terutamanya yang melibatkan kebakaran dan “scalds” kepada kanak-kanak. Ini dilakukan dalam bentuk berkumpulan atau berseorangan. Risalah mengenai Cara Mencegah Kebakaran juga diberikan kepada pesakit.
“Play Therapy“
Permainan dan basikal beroda tiga ada disediakan bagi kanak-kanak untuk menggalakkan mereka bermain dan untuk mengurangkan trauma fizikal terhadap kecederaan yang dihadapi oleh mereka. Ibu digalakkan untuk tinggal bersama kanak-kanak bagi memberi sokongan moral semasa mereka di dalam rawatan.
Selidik Mengenai Kepuasan Hati Pelanggan
Kaji selidik mengenai kepuasan hati pelanggan dilakukan sebanyak 2 kali setahun iaitu dari Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember terhadap 50 orang pesakit. Keputusan telah mencatatkan sebanyak 43.93% pelanggan telah memuji perkhidmatan yang diberikan manakala 55.36% pelanggan berpuas hati terhadap rawatan dan 0.71% pelanggan tidak berpuas hati terhadap kemudahan tandas dan bilik mandi.
Beban Kerja
Jumlah Kemasukan Di Wad Untuk 5 Tahun
|
|
2000 |
2001 |
2002 |
2003 |
2004 |
2005 |
|
No. Admission |
94 |
115 |
109 |
120 |
129 |
122 |
|
No. Discharge |
83 |
111 |
114 |
114 |
128 |
114 |
|
No Death |
2 |
2 |
2 |
2 |
1 * 3 IN ICU |
2 *2 IN ICU |
|
No DAMA |
1 |
2 |
NIL |
NIL |
1 |
1 |
|
No. Abscond |
0 |
1 |
NIL |
NIL |
NIL |
NIL |
Penyebab Utama Kebakaran
Air Panas / Cecair : 70
Percikan / Letupan : 34
Mercun : 1
Kebakaran (Elektrik) : 3
Kebakaran (Kimia) : 2
“Contact Burns / Abrasion” : 2
Jumlah Kedatangan Pesakit Di Klinik Plastik Bagi Tahun 2005 (Klinik Trauma)
| Bulan |
Kes Baru |
Ulangan |
Jumlah | ||||||||||||||||||||
|
Jan |
62 |
250 |
312 | ||||||||||||||||||||
|
Feb |
52 |
199 |
251 | ||||||||||||||||||||
|
Mac |
50 |
226 |
276 | ||||||||||||||||||||
|
April |
50 |
206 |
256 | ||||||||||||||||||||
|
Mei |
31 |
185 |
216 | ||||||||||||||||||||
|
Jun |
44 |
192 |
236 | ||||||||||||||||||||
|
Julai |
37 |
195 |
232 | ||||||||||||||||||||
|
Ogos |
45 |
264 |
309 | ||||||||||||||||||||
|
Sept |
33 |
226 |
259 | ||||||||||||||||||||
|
Okt |
54 |
275 |
329 | ||||||||||||||||||||
|
Nov |
35 |
219 |
254 | ||||||||||||||||||||
|
Dis |
31 |
165 |
196 | ||||||||||||||||||||
|
Carian
INFORMASI HUS
PERGERAKAN STAF
Muat Turun
SUDUT MULTIMEDIA HUS
UNDIAN
Ahli Baru HUS
|
||||||||||||||||||||||
Copyright © 2003 by your company | Hakcipta Terpelihara © 2007 - Hospital Umum Sarawak PENAFIAN: Hospital Umum Sarawak tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768 Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan Powered by NoBu @ 2010 Anda Pelawat ke : | Design by 7dana.com |


